
Agensi kerajaan dan swasta telah mengeluarkan pelbagai cara dan produk untuk menangani masalah penyakit yang disebabkan oleh kulat dan kemudianya oleh secondary disease bakteria. Namun, kejadian ini masih menular di kalangan pekebun-pekebun buah naga. Antara negeri pengeluar utama buah naga telah merosot pengeluaran dan banyak pengusaha yang bankrap dan gulung tikar kerana tidak dapat mencari penyelesaian bagi penyakit kronik bagi tanaman ini.
Syarikat kami pada tahun 2009 telah mewakili Malaysia dalam Agriculture Congress 2009 yang diadakan di Palace of The Golden Horse, Seri Kembangan, Selangor pada 27-29 Okt 2009 untuk mempersembahkan penyelidikan kami dalam menyelesaikan masalah penyakit buah naga yang membelenggu petani sekian lama. Dengan tajuk "Technology of disease recovery on dragon fruit farm in Malaysia", pihak syarikat telah menunjukkan prestasi pertumbuhan pokok buah naga selepas penjagaan selama 1.5-2 bulan dengan kaedah pengurusan ladang dan GAP yang kami utamakan. Penyelidikan ini telah dipraktikan di 2 kebun di Perak, 1 kebun di Melaka dan 1 kebun di Sepang.
Ladang di Jasin Melaka selepas treatment.
Jika anda berminat untuk mencuba teknik pengurusan pihak kami, sila e-mail kepada kami di td_consultancy@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment