Followers

Wednesday, July 7, 2010

Masalah Penyakit Buah Naga Di Malaysia

Masalah penyakit serius yang merumpuhkan industri buah naga di Malaysia mula dikesan pada tahun 2005 lagi. Salah satu ladang yang diserang serius ialah sebuah ladang yang terletak di Durian Tunggal, Melaka yang pertama kali dilaporkan di Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Jumlah keluasan ladang kira-kira 100 ekar. Kerugian mencecah jutaan ringgit ini jika tidak dipandang serius akan membawa kesan yang negatif terhadap industri buah naga Malaysia.





Agensi kerajaan dan swasta telah mengeluarkan pelbagai cara dan produk untuk menangani masalah penyakit yang disebabkan oleh kulat dan kemudianya oleh secondary disease bakteria. Namun, kejadian ini masih menular di kalangan pekebun-pekebun buah naga. Antara negeri pengeluar utama buah naga telah merosot pengeluaran dan banyak pengusaha yang bankrap dan gulung tikar kerana tidak dapat mencari penyelesaian bagi penyakit kronik bagi tanaman ini.






Hasil buah telah menjunam dari gred A kepada gred C. Macam manakah pengusaha nak hidup dengan keadaan ini! kulit luaran buah kelihatan tidak berkualiti dan buah cepat rosak adalah antara masalah utama petani. Keratan dahan pula reput dan berbintik merah dan putih.






Syarikat kami pada tahun 2009 telah mewakili Malaysia dalam Agriculture Congress 2009 yang diadakan di Palace of The Golden Horse, Seri Kembangan, Selangor pada 27-29 Okt 2009 untuk mempersembahkan penyelidikan kami dalam menyelesaikan masalah penyakit buah naga yang membelenggu petani sekian lama. Dengan tajuk "Technology of disease recovery on dragon fruit farm in Malaysia", pihak syarikat telah menunjukkan prestasi pertumbuhan pokok buah naga selepas penjagaan selama 1.5-2 bulan dengan kaedah pengurusan ladang dan GAP yang kami utamakan. Penyelidikan ini telah dipraktikan di 2 kebun di Perak, 1 kebun di Melaka dan 1 kebun di Sepang.
Ladang di Jasin, Melaka sebelum treatment

Ladang di Jasin Melaka selepas treatment.



Kualiti buah yang dihasilkan selepas treatment di ladang yang sama

Jika anda berminat untuk mencuba teknik pengurusan pihak kami, sila e-mail kepada kami di td_consultancy@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Terima kasih.





































No comments: